Keputusan UPSR Khamis ini
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 akan diumumkan di seluruh negara pada 19 November ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
Menurutnya, analisis keputusan UPSR 2009 juga akan diumumkan pada hari sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.
"Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, seramai 510,125 orang atau 98.5 peratus calon adalah dari sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan.
Katanya, baki seramai 7,783 orang iaitu 1.5 peratus merupakan pelajar swasta.
Tambah beliau, mereka menjalani UPSR di 8,289 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.
Petikan UTUSAN ONLINE
Sunday, November 15, 2009
Friday, July 17, 2009
SK Kadok Tempat ke 3 Pertandingan Robotik Negeri Kelantan
Tahniah Sk Kadok yg telah berjaya mendapat tempat ke 3 dlm pertandingan robotik peringkat Negeri Kelantan yg telah berlangsung di SM SAINS MACHANG.
Keptusan:
Tempat 1 : SK Hamzah 2
Tempat 2 : Sk Hamzah 2
Tempat 3: Sk Kadok
Tahniah kepada Cikgu Wan Mohamed Shukri Wan Hassan dan tiga orang muridnya iaitu Tengku Mohd Harith, Amir Fikri, Mohd Afiq Ad Wahab Rakhdi. Ini adalah penyertaan julung-julung kali bg SK Kadok..Alhamdulillah.
Senamrobik
Sukan Tahunan
Salam Persahabatan
Assalamualaikum...setelah berapa kali berLDP tentang blog.....akhirnya SK Kadok muncul dengan blonya sendiri. Blog ini masih dlm percubaan...jadi pasti ada kekurangannya...
Buah cempedak di luar pagar.
Ambik galah tolong jolokkan
Saya guru baru belajar
Kalau salah tolomg ajarkan
Buah cempedak di luar pagar.
Ambik galah tolong jolokkan
Saya guru baru belajar
Kalau salah tolomg ajarkan
Subscribe to:
Posts (Atom)